PEGUAM JENAYAH
TUGAS PEGUAM JENAYAH
Ramai yang salah faham dengan tugas peguam jenayah.
Ramai yang menyangkakan peguam jenayah ini bertanggungjawab mewakili mangsa dalam kes jenayah sehingga pesalah disabitkan dengan kesalahan.
Sebenarnya, tugas untuk membawa kes bagi pihak mangsa terletak di bahu Polis dan Pendakwa Raya. Pihak polis berperanan untuk menyiasat aduan yang dikemukakan oleh pengadu/mangsa dan seterusnya mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya.
Seterusnya Pendakwa Raya akan mewakili mangsa dalam kes tersebut dan mangsa tidak perlu melantik peguam.
Jadi apakah peranan sebenar peguam jenayah?
Secara umumnya, peguam jenayah berperanan mewakili orang yang dituduh (OKT) dalam satu-satu pertuduhan jenayah. Ini adalah untuk memastikan tertuduh mendapatkan pembelaan yang adil sama ada semasa reman, perbicaraan mahupun sebelum dijatuhkan hukuman.
SIAPA YANG PERLU MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM JENAYAH?
Sekiranya keluarga atau kenalan anda ditahan oleh pihak berkuasa, direman, atau dituduh di Mahkamah, barulah anda hubungi peguam jenayah pilihan anda.
Selain dari itu, anda tidak perlu melantik peguam jenayah.
Saya hanya mengendalikan kes jenayah sahaja dimana saya mewakili orang yang dituduh (OKT) sahaja.
Khidmat saya merangkumi mewakili tertuduh semasa permohonan reman, rayuan jaminan, perbicaraan, rayuan mitigasi (kurangkan hukuman) dan kes rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
DAFTAR TEMUJANJI SEGERA UNTUK RUNDINGAN.
Comments
Post a Comment